Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a.
berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Hak anak yang harus dilaksanakan oelh orang tua ada tiga iaitu:
1.
Memilihkan nama yang baik
ketika lahir
2.
Mengajari kitab Allah s.w.t. (Memberi didikan agama)
3.
Harus dikahwinkan jika
telah dewasa (jangan sampai tergoda sehingga berlacur)
Seorang datang kepada Umar r.a. berkata: "Puteraku ini durhaka
kepadaku." Maka datang Umar r.a. berkata kepada anak lelaki itu:
"Apakah kau tidak takut kepada Allah s.w.t?
Engkau telah berbuat durhaka terhadap ayahmu, engkau tahu kewajipan anak untuk
orang tuanya ......(begini dan begitu). Lalu anak itu bertanya: "Ya Amirul
mu'minin, apakah anak itu tidak berhak terhadap ayahnya?" Jawab Umar:
"Ada hak yakni harus memilihkan ibu yang bangsawan, jangan sampai tercela
kerana ibunya, harus memberi nama yang baik, harus mengajari kitab Allah s.w.t." Maka berkata anak itu: "Demi Allah, dia tidak memilihkan untukku ibuku,
dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham dan itu ibuku, dia tidak
memberi nama yang baik untukku, saya dinamai kelawar jantan dan
saya tidak diajari kitab Allah s.w.t. walau
satu ayat." Maka Umar r.a. menoleh kepada ayahnya dan berkata:
"Engkau telah durhaka kepada anakmu sebelum ia durhaka kepadamu. Pergilah
engkau dari sini."
Abul Laits berkata: "Saya telah mendengar ayahku bercerita dari Abu Hafsh
Alyaskandi seorang ulama di Samarqand ketika didatangi oleh seorang yang
mengeluh kerana dipukul oleh anaknya hingga sakit. Abu Hafsh berkata: Subhanallah,
apakah ada anak yang memukul ayahnya?" Jawab lelaki itu:
"Benar, saya dipukul hingga sakit." lalu ditanya: "Aoakah kau
tidak mendidik anakmu dengan adap dan sopan?" Jawab lelaki itu:
"Tidak." "Apakah sudah diajari al-quran?" ditanya lagi.
Jawab lelaki itu: "Tidak." "Lalu apakah pekerjaan anak mu
itu?" "Anak ku itu bertani." Jawab lelaki itu. Abi Hafsh
berkata: "Engkau tahu mengapakah dia memukul engkau?" Jawabnya:
"Tidak." Abu Hafsh berkata: "Mungkin ketika ia sedang diatas
himar menuju kesawah ladang menyanyi dan bersiul sedang dikanan kirinya kerbau
dan lembu dan dibelakangnya anjing, tiba-tiba engkau menegur padanya, kerana ia
mengira engkau itu lembu sedang mengganggu maka ia memukul engkau, sungguh
beruntung dan ucapkan Alhamdulillah kerana ia tidak memukul
kepalamu."
0 Response to "Hak Anak Terhadap Orang Tua"
Post a Comment